Ajak Logo
Notification

BM

login

Terma

Selamat datang ke AJAK! Sila baca dan faham terma dan polisi berikut:

  • Terma Perkhidmatan menerangkan peraturan dan panduan penggunaan platform kami. Dengan mengakses atau menggunakan platform kami, anda bersetuju untuk mematuhi semua terma dan syarat.
  • Polisi Privasi menerangkan bagaimana Ajak mengumpul, menggunakan, dan melindungi data peribadi anda. Ajak komited untuk melindungi maklumat peribadi anda, jesteru sila semak Polisi Privasi.

Penafian

  1. Ajak tidak bertanggungjawab atas sebarang aktiviti jenayah yang dilakukan oleh pengguna di dalam atau melalui platform kami. Pengguna bertanggungjawab atas tindakan mereka sama ada undang-undang Malaysia dipatuhi.
  2. Ajak tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian, kerosakan, atau tuntutan yang dialami oleh pengguna akibat penggunaan platform kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian kewangan, material, atau reputasi.
  3. Ajak berhak untuk memadamkan sebarang kandungan pengguna, profil, atau akses kepada platform kami tanpa notis sekiranya pengguna didapati melanggar Terma Perkhidmatan atau menyalahgunakan platform kami.
  4. Pengguna diingatkan untuk mendapatkan lesen, kelulusan, dan kebenaran yang diperlukan untuk menganjurkan acara. Ajak tidak bertanggungjawab untuk memastikan pematuhan undang-undang atau peraturan tersebut.
  5. Ajak tidak bertanggungjawab ke atas keselamatan pengguna semasa acara diadakan atau interaksi yang difasilitasi melalui platform kami. Pengguna wajib mematuhi undang-undang Malaysia; dan amat digalakkan untuk mengutamakan keselamatan peribadi, dan mengesahkan identiti peserta dan penganjur sebelum dan semasa acara diadakan.
  6. Aktiviti komersial seperti membeli dan menjual adalah dilarang sama sekali di platform kami, kecuali penganjuran Hangouts komersial yang diluluskan dan mesti mematuhi garis panduan kami.

Untuk bantuan segera, sila hubungi Perkhidmatan Respons Kecemasan Malaysia segera:

999